Friday, May 20, 2011

PROJECT PROPOSAL

PENGENALAN
Akuarium merupakan satu bekas yang di isikan air dan diletakkan ikan peliharaan. Akuarium diperbuat daripada kaca atau plastik yang diperbuat daripada kaca, harganya mahal berbanding akuarium yang di perbuat daripada plastik.


Terdapat dua jenis ikan yang dipelihara dalam akuarium
  • Ikan air tawar
  • Ikan air masin


Ikan air tawar yang boleh di pelihara seperti:
  1. Ikan Emas
  2. Ikan Koi
  3. Ikan Puyu
  4. Ikan Sepat Ronggeng
  5. Ikan Gapi
  6. Ikan Pelaga Siam
  7. Ikan Kalui
  8. Ikan Ketutu
  9. Ikan Keli putih


Ikan air masin yang boleh dipelihara seperti
  1. Nemo
  2. Blue Damsel
  3. Yellow Tail Damsel
  4. Yellow Tang
  5. Brown Tang
  6. Angel Fish
  7. Doctor Fish
  8. Doctor Shrimp
  9. Kuda Laut
  10. Tomato clown
OBJEKTIF PROJEK

            Objektif projek ini adalah untuk menghasilkan dan merekabentuk sebuah alat “Pemberi Makanan Ikan Automatik”. Alat ini dicipta bagi mengelakkan ikan peliharaan mati akibat tiada makanan ketika pemilik ikan peliharaan tidak berada di rumah dan mengelakkan makanan yang di beri berlebihan.
            Projek ini memberi kemudahan kepada penggemar atau hobi ikan peliharaan kerana tidak risau tentang permakanan ikan peliharaan. Bagi penggemar ikan peliharaan, mereka akan sentiasa menberi makanan untuk ikan peliharaan, menjamin akuarium tidak kotor. Dengan adanya alat ini, pemilik ikan peliharaan tidak akan risau tentang makanan ikan peliharaan. Alat ini akan membantu member makanan kepada ikan peliharaan mengikut masa yang ditetapkan tanpa memberi makanan berlebihan.


KAJIAN AWAL

            Kajian awal meliputi permasalahan yang dihadapi sebelum terhasilnya projek ini. Masalah yang dihadapi sebelum tercipta alat ini adalah:
1.    Memberi makanan kepada ikan tidak pada waktu yang tetap.
2.    Memberi makanan tidak mengikut sukatan yang betul.
3.    Pemilik ikan peliharaan tidak memberi makanan kepada ikan pemeliharaan semasa pemilik tidak berada di rumah.
4.    Pemilik ikan peliharaan perlu sentiasa berada dirumah untuk memberi makanan kepada ikan peliharaan.
5.    Membazir masa untuk memberi makanan kepada ikan pada setiap hari berbanding hanya sekali seminggu.

KAJIAN MAKLUMAT

            Kajian perlu bagi menyiapkan sesuatu projek bagi mengelakkan projek yang dirancang tidak berjaya. Demi menyiapkan projek ini banyak kajian yang diperlukan.
            Antara kajian yang dilakukan adalah mengkaji pergerakan projek supaya mengikut objektif projek. Bagi projek ini, memerlukan alat yang boleh bergerak menjatuhkan makanan ikan iaitu pellet, daripada atas akuarium. Alat ini juga perlu tidak melebihi keluasan penutup akuarium bagi membolehkan alat ini disimpan rapi di atas akuarium yang diletakkan bersebelahan penapis akuarium. Setelah mengkaji, alat ini memerlukan pergerakan. Pergerakan bagi alat ini menggunakan motor. Motor yang yang sesuai digunakan adalah servo motor. Servo motor dipilih kerana mempunyai berat yang ringan.
            Pengkajian seterusnya adalah mengkaji peralatan yang sesuai untuk menggerakkan alat dalam masa yang di inginkan. Hasil daripada kajian didapati, alat ini akan menggunakan timer. Timer akan menghadkan pergerakan motor dan member isyarat kepada motor masa yang sesuai untuk menggerakkan alat. Setelah selesai mengkaji pergerakan alat, kajian seterusnya adalah pada rekabentuk alat. Alat ini akan diletakkan bersebelahan penapis akuarium. Bentuk yang dipilih adalah berbentuk segi empat yang sama bentuk seperti alat penapis air yang berada diatas akuarium. Setelah hampir selesai kajian, terdapat masalah yang timbul. Masalah yang dihadapi ialah mengkaji litar elektrik bagi menghasilkan alat yang menyimpan makanan ikan, dan memberi makanan kepada ikan mengikut masa yang ditetapkan dengan sukatan yang dikehendaki. Alat ini akan mempunyai slot sukatan makanan ikan bagi membolehkan makanan diberi mengikut keperluan ikan.
            Alat ini direka demikian supaya alat ini dapat digunakan pada semua saiz akuarium dan boleh diguna pakai untuk semua jenis ikan dan bilangannya. Hasil kajian,alat ini mempunyai slot sukatan bagi membolehkan objektif dicapai.

GAMBAR RAJAH LITAR ELEKTRIK




PENGENALAN KEPADA MOTOR

Motor adalah  sebuah mesin yang berkeupayaan untuk menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga mekanikal. Dengan kata lain, motor menukarkan masukan iaitu punca bekalan kepada keluaran iaitu penghasilan putaran. Proses putaran boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan seperti penggunaan dalam kipas, mesin gerudi, dan sebarang peralatan yang memerlukan proses putaran atau pergerakkan. Dlam projek ini, motor digunakn untuk tujuan pergerakkan. Terdapat beberapa jenis motor yang boleh digunakan untuk tujuan yang berlainan bergantung kepada kesesuaian penggunaan.

 SERVO MOTOR

Servo motor merupakan sejenis motor DC iaitu motor yang menggunakan bekalan kuasa arus terus untuk operasinya. Ia digunakan dalam penggunaan yang mempunyai daya kilas yang tinggi untuk berpusing dengan cepat dan tepat pada 180º dalam kawasan kerja. Servo motor merupakan motor yang menggunakan sistem gelung tutup di mana motor boleh ubah dengan kelajuan gear. Kerintangan perintang boleh laras berkadar seimbang dengan posisi shaft output servo ( 0º - 180º ). Kerintangan ini digunakan oleh kawalan elektronik untuk menjana isyarat yang tidak betul apabila posisi yang dikehendakai tidak sama dengan posisi semasa. Jika arahan servo dihantar untuk meletakkannya pada 90º dan kepalanya pada 45º, isyarat tersebut adalah 0º ( apabila kepala mencapai 90º ). Jika kepala berada pada 180º, isyarat tersebut yang bertentangan polarity akan dijana dan motor akan berpusing ke arah yang bertentangan untuk membawa semula kepala kepada arah 90º.

LAKARAN PROJEK







CARA ALAT BERFUNGSI

                    Alat Pemberi Makanan ini akan memberi makanan 2 kali sehari kepada ikan mengikut sukatan untuk yang tersedia. Setiap 1 slot makanan ikan itu adalah untuk 4 ekor ikan sederhana besar. Pemilik ikan peliharaan akan menuntukan sukatan yang secukupnya untuk sebuah akuarium bergantung kepada bilangan ikan dan kebesaran ikan di dalam akuarium. Makanan yang disimpan didalam alat pemberi makanan ikan ini cukup untuk memberi makanan kepada ikan selama 2 minggu. Alat digerakkan dengan motor. Motor yang digunakan ialah servo motor. Servo motor akan bergerak dari 1 slot ke slot yang lain dan dimatikan pergerakannya dengan timer. Masa yang ditetapkan boleh di ubah. Jika makanan yang disediakan mengikut slot tidak mencukupi, timer yang menjadi penamat pergerakan motor akan diubah masanya menjadi lebih lama. Pergerakan 1 slot mengambil masa selama 0.3 saat, maka masa diubah menjadi 0.6 saat untuk memberi sukatan yang lebih pada akuarium. Masa alat ini berfungsi iaitu selama 2 kali sehari juga boleh diubah.


KESIMPULAN
            Kesimpulannya, dengan cadangan projek saya iaitu ‘alat pemberi makanan ikan automatik’ ini akan dapat mengelesaikan masalah yang di hadapi. Saya harap agar projek ini dapat diteruskan untuk dipasarkan lebih meluas bagi meringankan dan menyelesaikan masalah yang di hadapi oleh pemilik ikan peliharaan. Selain itu, dengan tunjuk ajar dan bimbingan daripada pensyarah penasihat dan pensyarah lain, sedikit sebanyak telah membantu saya dalam menyiapkan rancangan projek ini.

7 comments:

  1. bole email proposal masyitohramli@gmail.com? tq

    ReplyDelete
  2. boleh email report x?
    lbbalotelli@gmail.com

    ReplyDelete
  3. boleh email report x? idaaries95@gmail.com

    ReplyDelete
  4. Boleh email report naimhamzah96@gmail.com

    ReplyDelete
  5. Encik Faris..
    Boleh emailkan proposal
    faisridzmi2009@gmail.com

    ReplyDelete
  6. Projek ni utk dijual ke... Klau utk di jual plz pm.. No ni 0196913896

    ReplyDelete
  7. bolleh saya tahu lebih lanjut tidak pasal projek ini?

    ReplyDelete